Tetamu Jemputan
- Bagi berkongsi kejayaan anda, pihak kolej dengan sukacitanya menjemput ibubapa atau 2 orang waris dari keluarga anda bagi memeriahkan majlis konvokesyen ini.
- Kad jemputan perlu dibawa bersama ketika menghadiri Majlis Konvokesyen.
- Para jemputan dikehendaki berpakaian kemas; batik/kemeja/pakaian kebangsaan bagi lelaki dan baju kurung/kebaya bagi perempuan.
- Para jemputan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan sehingga selesai upacara penganugerahan diploma.
*** Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dewan.